Belayar ke India kali Kedua Dan Ke Pakistan
Sekembalinya Abuya ke Mekkah beliau mengisahkan segala pengalamannya di India dan beliau sangat tertarik dengan system pelajaran ilmu hadith di Madrasah Darul-Ulum Deoband, Uttar Pradish, India. Lalu Abuya memohon sekali lagi dengan segala kerendahan hati agar ayahanda beliau mengizinkannya berangkat ke India untuk mempelajari ilmu hadith.
Sayyid Alawi memahami hasrat anaknya yang berkobar-kobar itu sehingga beliau mengizinkannya untuk berangkat sekali lagi ke India untuk belajar ilmu hadits di Madrasah Darul-Ulum Deoband.
Abuya terus berangkat ke India dan menuju Madrasah Darul Ulum Deoband dan terus mengikuti “Daurah” khusus dengan ilmu hadits, yang bererti mengkhatamkan “Al-Kutubus-Sitt” (Kitab hadits yang enam itu, iaitu Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah) dalam masa yang singkat.
Dan semasa di India Abuya berguru dengan Maulana Syeikh Muhammad Zakaria Al Kandahlawi, pengarang Syarah Muwaththa’, Syeikh Fakhruddin Ahmad Syaikhul-Hadith di Darul-Ulum Deoband, Syeikh Habiburrahman Al A’zhami, Syeikh Abul Wafa al Afghani, Syeikh Muhammad Yusuf Al Kandahlawi, pengarang kitab Hayatus-Sahabah, Syeikh Muhammad Idris Al Kandahlawi, Syeikh Zhafar Ahmad Al Utsmani, Syeikh In’amul Hasan dan Syeikh Mufti Musthafa Bin Imam Ahmad Ridha Khan Al-Berilewi dan lain-lainnya.
Setelah menamatkan daurah hadits, beliau kembali ke Mekkah dengan hati yang penuh gembira kerana apa yang beliau idam-idamkan telah tercapai. Abuya tinggal di India pada kali ini selama lima bulan.
Selain India Abuya juga pergi ke Pakistan dan Abuya juga berguru kepada Mufti Pakistan Syeikh Muhammad Syafi’ dan Syeikh Muhammad Yusuf Al Bannuri dan lain-lain lagi.
[“Sayyid Muhammad Bin Alawi Al Maliki Al Hasani Rahimahullahu Ta’ala – Sejarah Hidup dan Dasar-dasar Pemikirannya”, oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi Al Maliki (Ahmad Fahmi bin Zamzam), Khazanah Banjariah, Maahad Tarbiyah Islamiah Derang, Pokok Sena, Kedah, ISBN 983-2052-47-5, m/s 28 & 29]
Wednesday, July 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment